Entries ∞ About ∞ Darlinks ∞ Credits

layer script-->

Overview


Hello, my name is blahblahblah. Welcome to my territory. Replace this stupid nonsense with your overview/welcome speech. I mean, notes. Peace :)

Screams

Put your shoutmix or cbox code here. Maximum width is 230. Not more than that !

B4c4l4h bL0g H4ku y4nG S3ki4n l4m4 TiD4k kU HuPd4Te -oo-
Sunday, November 4, 2012 | 0 comments
Bye Oktober Say hi to November sayang! :*

                                   

 


Oktober : Banyak kesedihan yang menimpa :'(
Kesimpulannya : Allah sedang menguji umatnya sebab itulah diberi dugaan dan cabaran. Nak atau tidak harus ditempuhi.

November : Harap-harap lebih baik dari tahun sebelum ni. I Hope this very very very! Amin~
     Apa yang aku hupdate hari ni? Serupa tahpape~ Jangan baca!

      
           


Gosip terhangat dipasaran :X
Sunday, September 2, 2012 | 0 comments
Saya sekarang sebenarnya malas nak berblog-blog. Tetapi berblog jugak *eh keling* Hahahaha tukar topic. Hi Septemberrr Bye August :'( Sedih dah tinggalkan august. Sebab apa eh eh eh? Cer teka cer teka!!! K masa tamat. kahkahkah *gelak sopan* betapa kejamnya aku. Sebab birthday saya bulan august. Sebab tu je aina? K takda motif pon sebenarnya. Bulan august bagi saya amat memerlukan sifat penyabar dalam diri. Kerana apa? kerana bulan august lah kita berpuasa bulan august jugalah kita raya. Yeay *tepuk tangan* Bulan puasa best, Ada bazar ramadhan dapat buat solat tarawih, Kalau raya pulak dapat uit waye. Beshnyeww Tewima kasih siapa yang bagi. Siapa yang tak bagi itew uit waye dia kedekut ah tu ;p Hehehehe Maaf. Raya tahun ni balik kampung melaka jugak. Tapi lepak-lepak dengan cousin semua memang best, seronok. Mesti rindu angat-angat en dah lama tak jumpa. Story macam-macam kot. Eh gosip. Oi sama je leee. Hahaha Pergi beraya-raya banyak rumah. Pegrut mesti sudah penuh. Elelele saya datang rumah orang sebab nak uit waye je. Taknak makan pon. Eh kantoi! Mana ada mana ada, Saya ikhlas ah datang rumah awak semua. Nak rapatkan silaturrahimlah katakan. Ceh baikkan. Okayokay dah aina kau story merepek-merepek. Byebye :* Sicerely Your Pwincessssss Kahkahkah *evil laugh*


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ✿
Friday, July 20, 2012 | 0 comments

Assalamualaikum. Saya sudah kembali semula. Saya tahu semua rindu saya *Sila muntah* Terima kasih ya Allah kerana memberikan ku kesempatan untuk menyambut bulan ramadhan. Bulan puasa sudah tiba. Rasa gembira sangat. Masa mula-mula asyik tengok kalendar. Bilalah nak puasa. Bilalah nak raya. Hahahaha k. Bulan puasa inilah bagi saya sangat sangat gembira. Kerana dapat menebus segala dosa-dosa. Dapat membuat amal kebaikan. Pada bulan puasa Kesemua syaitan dirantai. Diikat supaya tidak mengganggu umat islam berpuasa. Ya Allah besarnya jasa Allah pada kita. Bila puasa bukan mulut je berpuasa tetapi kaki. tangan. telinga semua kena berpuasa. Dapatlah pahala banyak. Solat tarawih inilah yang saya nanti-nantikan. Akhirnya tercapai juga. Yeelah dahlama tak lakukan solat tarawih. Solat tarawih kan hanya ada pada bulan puasa. Mana taknya. Pada bulan nihlah kita merebut betul bukan? Hehehehe. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Iaitu berbuka pada waktu azan maghrib. Itu sahaja pada hari nih. Selamat berpuasa dan beramal :)) x

Wednesday, June 13, 2012 | 0 comments
ILOVE COMPUTER SO MUCH! :*x
What's up? Hello. Assalamualaikum. Hari nih tajuk blogger saya pada hari nih ialah pasal computer. Aik? O.o Lewlz. Kenapa saya bercerita tentang computer? Sebab apakah? Kenapakah? Mengapakah? *Siapa boleh teka? Sila angkat kedua belah kaki* Saya bagi masa 2 minit Ok Anda tidak berjaya *Teettt* Masa tamat! Sila mencuba lagi dimasa akan datang. UhuksUhuks~ Bersambung..... Saya inginkan computer saya sorang. Takmau kongsi, Ulang suara* Takmau dikongsi!!! :( Bila saya bisa dapat? *KiraDuit* Baru dua ringgit kumpul. Gagaga Mana ada banyak tau saya kumpul semata-mata untuk mendapatkan sebuah laptop nih yang akan menjadi milik hakooOO! *BuatSuaraGewdik* Hahaha :b Saya inginkan laptop yang berwarna putih. Putih smart warnanya. Yeah! *Dancing* Erm, Erm itu saja. Story kali nih pendek sahaja. Untuk apa panjang-panjang. Takda orang baca :( *LapAirMata* OkBye ;x

I'm Bored -___-
Tuesday, May 29, 2012 | 0 comments

Hai peeps! ^^v Hari nih kebosanan pada diri saya telah melanda pada cuti sekolah nih. Bosan kerana apa? Kerana 2 Minggu cuti sekolah tiada pergi mana-mana. Duduk dirumah sahaja. Hanya menolong ibubapa dan Online Twitter dan Facebook je. Ahhhh* Tersangatlah bosan. Itulah 2 Minggu berturut-turut saya akan lakukan. Cuba awak dalam situasi saya? Apakah anda rasa? Mesti tension kan? Well,  Seperti saya kekadang je tension. Yeelah nak hang dengan kawan-kawan pon ibubapa saya mana benarkan. Saya bukan orang lain yang selalu best kesana kesini. Saya tahu ibubapa saya takbagi saya keluar kerana risaukan keselamatan saya. Yeah! Ustazah saya cakap dulu Jika taknak bagi anak bosan duduk rumah seharian "BelikanLaptopDanInternet" Erm, Itu memang betul. Tapi saya dah dapat dua-dua tuh. Takkan lah setiap hari nak mengadap laptop je? Takbosan ke? Takpenat ke? Saya rasa dah naik muak hari-hari mengadap benda yang sama. Erm, Saya bersyukur apa yang ada sebenarnya. Tapi macam mana nak hilangkan kebosanan saya? Dahlah duduk rumah sepanjang masa :( Ingat cuti sekolah nih nak tenangkan fikiran, nak buang segala-gala yang ada dalam otak nih *MacamBolehNampakPulak* WhatEver! :p Sampai situ saja cerita dari saya. Sekian~



PERKHEMAHAN ♦
Monday, May 28, 2012 | 0 comments

Ehem! Hai Semua *SambilBawaKain* Dah lama tak edit blog. Dah berhabuk *AmbilKainLap* Ok ada habuk lagi? Eh? Habuk dekat blog mana boleh nampak. A'ah lah baru ingat. Maaflah semenjak saya balik dari kem nih saya mereng sikit. Twitter dan Facebook jugak jarang bukak sebab pergi kem lah. Sebenarnya nak cerita pasal kem yang saya pergi. Taknak tahu sudah *BolehBla* Maaf. Ok Kem yang saya pergi takdalah jauh sangat. Dekat Gombak je. Gombak you know? Siapa cakap jauh *LempangPipi* Hahahaha. Takdalah saya taksekejam itu. Pelbagai aktiviti yang best-best yang dianjurkan.

Firstly :- Cikgu hantar dekat dataran. Then naik bas orang tuh hantar dekat Gombak. Erm..Saya nih alah sikit kalau naik bas duduk lama-lama. Rasa pening -,- Bukan takbiasa! Tapi taktahulah. Dah sampai tuh ramai akak-akak dan abang-abang yang kendalikan kem tuh. Ramai sangat sekolah. Ada yang handsome *MuntahPelangi* Hahahaha lol

Secondly :-  Akak-akak kat situ suruh kitaorang letak beg dekat khemah. Nak turun untuk pergi ke khemah tu. Lama jugaklah. Sebab Sebabnyaaaaa Tangga dia sangat banyak. Dengan bawak beg berat-berat. Ya Allah! Rasa nak campak beg tuh kat sungai. Tapi nanti takda baju pulak. Opss! Dah sampai dekat khemah tuh. Kena berlari pulak tuh. Bukan akak tuh suruh. Tapi kitaorang saja. Sebab nak dapatkan tempat yang kitaorang nak. Akhirnya takdapat jugak :( Sebab lari lambat sangat. Aduh dapat khemah depan sungai pulak tuh. Malam-malam Confirm Sejuk gilooooooo.Wuuuuu~

Thirdly :-  Lepas letak beg tuh. Akak-akak dan Abang-abang tuh suruh kitaorang duduk dalam dewan. Dengar taklimat sekejap. Dah dengar-dengar.  Dia bagi tag nama tuh. Nama tulis atas  kotak yang telah dipotong dan talinya mengunakan reben. kitar semulalah katakan. *Cough* Pastu dia suruh kitaorang makan-makan then terus solat.

Fourtly :-  Dah buat semua tuh. Kitaorang kena pergi dewan balik. Sebab kitaorang pakai riben bermacam-macam warna. Akak-akak dan Abang-abang tuh nak tentukan kumpulan.  Macam-macam nama kumpulan ada "Penguin, Blue Bird, Beruang, Orang Utan, Gajah lagi apa eh? Tak ingat lah. Lepas dah bagikan kumpulan tuh. Kena duduk dalam kumpulan masing-masing. Tapi yang sedihnya terpisah dengan kawan-kawan sama sekolah. Tapi takjauh pon. Dalam khemah tetap bersama. Cewah! :p

Fiftly :-  Macam-macam aktiviti diadakan. Seperti Pertandingan main alat muzik guna barang terpakai. Pertandingan kesenian dan kebudayaan.  Macam-macamlah tapi takingat! Yang paling gerun saya main adalah High Rope. Ya Allah! Naik bulu romaku. Dahlah takbiasa main benda alah tuh. Kena lalu jambatan. Jambatan banyak jarak-jarak. Satu badan sejuk. Yeelah dah cuak en? Opss! Haaa? Lupa! Jungle tracking en en? Mencabar gilaaaaaa! Kem yang dulu-dulu ada jungle tracking takdalah mencabar sangat. Kira "OK" lah kan.  Tapi kem nih. Aduh! Satu badan sakit. Banyak lalu sungai. Terowonglah. Panjat sana sini. Bukit sana-sini. Nak pengsan rasanya. Kalau saya pengsan siapa sanggup angkat saya? Lol Hahahaha. Pastu ada yang sesat, ada yang luka. Night Walk? Night walk? Saya takpergi pon. Ok saya mengaku saya mana pernah pergi Night walk kalau pergi kem. Takberani oh. Semangat tak kuat. Ramai yang takpergi. Yang takpergi tuh masuk khemah terus tidur.

Lastly :-  Esok, Esok? Hari apakah? Hari ahad lah dhey! :p Adalah hari last juga kitaorang dekat tapak perkhemahan tuh. Perasaan sedih tuh, Adalah! Sebab akak-akak dekat sana semuanya sporting weh! Siapa yang taksedih. Bukan selalu jumpa en en? Diaorang memang sangat caring pasal kitaorang kat sana. Terima kasih banyak-banyak.

Oklah tuh je. Maafkan saya. Banyaklagi story sebenarnya. Tapi tangan dah lenguh menaipnya :p Banyak tersangkut-sangkut ceritanya. Gambar-gambar kem tiada. semuanya dalam kamera akak-akak tuh. Kitaorang nak tangkap gambar pon takda masa sangat. Harap sudi baca. Assalamualaikum, Ikhlas dari Aina :-)

Say 'Hye' to May Say 'Bye' to April ❤
Monday, April 30, 2012 | 0 comments
Hai Semua! Hari ni nak cerita pasal Bulan May ❤ Ok. Semua tahu hari ni dah 1 May 2012. Eh? Rasa sekejap je kan bulan April nih. Tapi kadang-kadang dalam hati nih *Bila lah nak habis bulan April* Hihi :) Well. Sebab Bulan April ni banyak sangatlah dugaan yang menimpa. Memang tersangatlah perit. Cuma pendam dalam hati ni sebenarnya. Rasa sebak hati ni masa bulan April. Ya Allah, Kuatkanlah aku untuk menerima semua dugaan ini. Aku tahu Semua ini untuk menguji kesabaran ku. Tapi Aina tak kuat nak menerima ni semua. Hanya mampu Redha dan Pasrah. Ok. Dah habis pasal bulan April. Pasal bulan May pulak. Aina memang mengharapkan bulan May ni lebih baik dari bulan-bulan yang sebelum ni. Takda masalah. Dan selalu Happy. Lagipun bulan May ni ada Exam right? Aina Nak belajar betul-betul. Taknak Fikir masalah yang menimpa dah. Nak buang semuanya dalam tong sampah kalau boleh. Nak fikir untuk masa hadapan. Harap Exam ni mendapat Result yang Cemerlang. Amin~ Doa ramai-ramai ye untuk kejayaan Aina. *TerimaKasih*

Lagi satu. Aina minta maaf kalau Bulan April ni Aina ada buat Korang sakit hati ke. Aina ada buat salah apa-apa ke. Memang Aina tak sedar kesalahan aina sebenarnya. Kalau depan-depan nampak lah kan. Semua manusia pernah melakukan kesilapan. Untuk kawan-kawan aina.... Aku sebenarnya takda niat pon nak sakitkan hati korang semua. Aku sayang korang. Aku harap kita semua takda nak gaduh-gaduh dah. Rasa macam nak sangat kebahagiaan yang tidak pernah dan tidak akan terpisah selama-lamanya. Taknak gaduh-gaduh nakkan selalu happy. Boleh kan Boleh kan? Insyallah boleh. Mencuba sedaya upaya untuk mengubah segalanya menjadi lebih baik. I try! ^^v Bulan May Oh Bulan May pleasee be Nice to me! :) Hihihi. Ok Itu sahaja Cerita pada hari ini. Assalamualaikum.