Entries ∞ About ∞ Darlinks ∞ Credits

layer script-->

Overview


Hello, my name is blahblahblah. Welcome to my territory. Replace this stupid nonsense with your overview/welcome speech. I mean, notes. Peace :)

Screams

Put your shoutmix or cbox code here. Maximum width is 230. Not more than that !

PERKHEMAHAN ♦
Monday, May 28, 2012 | 0 comments

Ehem! Hai Semua *SambilBawaKain* Dah lama tak edit blog. Dah berhabuk *AmbilKainLap* Ok ada habuk lagi? Eh? Habuk dekat blog mana boleh nampak. A'ah lah baru ingat. Maaflah semenjak saya balik dari kem nih saya mereng sikit. Twitter dan Facebook jugak jarang bukak sebab pergi kem lah. Sebenarnya nak cerita pasal kem yang saya pergi. Taknak tahu sudah *BolehBla* Maaf. Ok Kem yang saya pergi takdalah jauh sangat. Dekat Gombak je. Gombak you know? Siapa cakap jauh *LempangPipi* Hahahaha. Takdalah saya taksekejam itu. Pelbagai aktiviti yang best-best yang dianjurkan.

Firstly :- Cikgu hantar dekat dataran. Then naik bas orang tuh hantar dekat Gombak. Erm..Saya nih alah sikit kalau naik bas duduk lama-lama. Rasa pening -,- Bukan takbiasa! Tapi taktahulah. Dah sampai tuh ramai akak-akak dan abang-abang yang kendalikan kem tuh. Ramai sangat sekolah. Ada yang handsome *MuntahPelangi* Hahahaha lol

Secondly :-  Akak-akak kat situ suruh kitaorang letak beg dekat khemah. Nak turun untuk pergi ke khemah tu. Lama jugaklah. Sebab Sebabnyaaaaa Tangga dia sangat banyak. Dengan bawak beg berat-berat. Ya Allah! Rasa nak campak beg tuh kat sungai. Tapi nanti takda baju pulak. Opss! Dah sampai dekat khemah tuh. Kena berlari pulak tuh. Bukan akak tuh suruh. Tapi kitaorang saja. Sebab nak dapatkan tempat yang kitaorang nak. Akhirnya takdapat jugak :( Sebab lari lambat sangat. Aduh dapat khemah depan sungai pulak tuh. Malam-malam Confirm Sejuk gilooooooo.Wuuuuu~

Thirdly :-  Lepas letak beg tuh. Akak-akak dan Abang-abang tuh suruh kitaorang duduk dalam dewan. Dengar taklimat sekejap. Dah dengar-dengar.  Dia bagi tag nama tuh. Nama tulis atas  kotak yang telah dipotong dan talinya mengunakan reben. kitar semulalah katakan. *Cough* Pastu dia suruh kitaorang makan-makan then terus solat.

Fourtly :-  Dah buat semua tuh. Kitaorang kena pergi dewan balik. Sebab kitaorang pakai riben bermacam-macam warna. Akak-akak dan Abang-abang tuh nak tentukan kumpulan.  Macam-macam nama kumpulan ada "Penguin, Blue Bird, Beruang, Orang Utan, Gajah lagi apa eh? Tak ingat lah. Lepas dah bagikan kumpulan tuh. Kena duduk dalam kumpulan masing-masing. Tapi yang sedihnya terpisah dengan kawan-kawan sama sekolah. Tapi takjauh pon. Dalam khemah tetap bersama. Cewah! :p

Fiftly :-  Macam-macam aktiviti diadakan. Seperti Pertandingan main alat muzik guna barang terpakai. Pertandingan kesenian dan kebudayaan.  Macam-macamlah tapi takingat! Yang paling gerun saya main adalah High Rope. Ya Allah! Naik bulu romaku. Dahlah takbiasa main benda alah tuh. Kena lalu jambatan. Jambatan banyak jarak-jarak. Satu badan sejuk. Yeelah dah cuak en? Opss! Haaa? Lupa! Jungle tracking en en? Mencabar gilaaaaaa! Kem yang dulu-dulu ada jungle tracking takdalah mencabar sangat. Kira "OK" lah kan.  Tapi kem nih. Aduh! Satu badan sakit. Banyak lalu sungai. Terowonglah. Panjat sana sini. Bukit sana-sini. Nak pengsan rasanya. Kalau saya pengsan siapa sanggup angkat saya? Lol Hahahaha. Pastu ada yang sesat, ada yang luka. Night Walk? Night walk? Saya takpergi pon. Ok saya mengaku saya mana pernah pergi Night walk kalau pergi kem. Takberani oh. Semangat tak kuat. Ramai yang takpergi. Yang takpergi tuh masuk khemah terus tidur.

Lastly :-  Esok, Esok? Hari apakah? Hari ahad lah dhey! :p Adalah hari last juga kitaorang dekat tapak perkhemahan tuh. Perasaan sedih tuh, Adalah! Sebab akak-akak dekat sana semuanya sporting weh! Siapa yang taksedih. Bukan selalu jumpa en en? Diaorang memang sangat caring pasal kitaorang kat sana. Terima kasih banyak-banyak.

Oklah tuh je. Maafkan saya. Banyaklagi story sebenarnya. Tapi tangan dah lenguh menaipnya :p Banyak tersangkut-sangkut ceritanya. Gambar-gambar kem tiada. semuanya dalam kamera akak-akak tuh. Kitaorang nak tangkap gambar pon takda masa sangat. Harap sudi baca. Assalamualaikum, Ikhlas dari Aina :-)

Older Post | Newer Post